Jumaat, 19 Disember 2008

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR SMA-MAIWP 2008
hadir mewakili KPE MAIWP menyampaikan anugerah" rel="thumbnail"> hadir mewakili KPE MAIWP menyampaikan anugerah" align="right" border="0">Pada 14 November 2008, Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA-MAIWP) telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Majlis tersebut merupakan program tahunan SMA-MAIWP yang diadakan sebagai tanda pengiktirafan dan penganugerahan kepada pelajar yang telah berjaya dalam pencapaian Akademik dan Thanawi.


bergambar beramai-ramai" rel="thumbnail"> bergambar beramai-ramai" align="left" border="0"> Pelajar cemerlang bersama ibu bapa mereka


Perasmian dan penyampaian anugerah disempurnakan oleh Ustazah Zaiton binti Abd Rahman, Pengurus Bahagian Pembangunan Insan, MAIWP yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif. Dalam ucapan perasmiannya, beliau amat berbangga dan mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang terpilih sebagai penerima anugerah. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua warga pendidik SMA-MAIWP yang telah bekerjasama bagi melahirkan pelajar yang cemerlang tanpa mengenal erti jemu.

Pada majlis tersebut seramai 66 orang pelajar yang berjaya dalam peperiksaan masing-masing telah menerima anugerah berdasarkan kategori berikut :

- Kecemerlangan mengikut subjek
- Kecemerlangan setiap kelas
- Kecemerlangan akademik dan Thanawi
- Anugerah Pelajar Cemerlang dan Anugerah Pelajar Mithali 2008

Rabu, 17 Disember 2008

singkap sejarah penubuhan sma maiwp

ARKIB : 24/01/2007

SMA-MAIWP lahirkan generasi seimbang


LEMBARAN baru...Pelajar-pelajar SMA-MAIWP mendaftar di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA-MAIWP) ditubuhkan dan dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). MAIWP menubuhkan SMA-MAIWP bagi memberi peluang kepada para pelajar yang berminat di dalam pendidikan Islam dengan meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Penubuhan SMA-MAIWP diharap dapat melahirkan modal insan yang mempunyai pendidikan yang bersepadu dan seimbang dalam perlaksanaan Islam Hadhari.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Pelajaran Jawi, Zawanah Muhammad, pihaknya melaksanakan pendidikan agama di peringkat pra sekolah dan sekolah rendah. Pada masa ini, Jawi mempunyai 72 Tadika Islam dan 74 Sekolah Rendah Agama (SRA).

Setiap tahun dianggarkan 5,000 pelajar menamatkan pelajaran di SRA tetapi tidak dapat menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi kerana Jawi tidak mempunyai sekolah menengah agama.

“Maka penubuhan SMA-MAIWP ini menjadi asas kepada Jawi menggerakkan usaha mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di SRA supaya pelajar-pelajar SRA ini mempunyai kelayakan memasuki tingkatan satu di SMA-MAIWP,” katanya kepada MEGA, baru-baru ini.

Selain itu, ia dapat menarik minat ibu bapa menghantar anak-anak belajar di SRA dan berpeluang mendapat pendidikan Islam dengan lebih intensif seterusnya membantu anak-anak supaya menguasai dan menghayati ilmu itu.

Menyedari keadaan ini, Jawi mengemukakan cadangan kepada MAIWP supaya menubuhkan sekolah menengah agama (SMA) di Kuala Lumpur dalam memainkan peranan dalam memperkasakan modal insan yang menjadi aset penting negara.

“Pada akhir tahun 2005, Pengerusi MAIWP, Datuk Dr. Abdullah Mohd. Zin memberi reaksi positif dengan mempersetujui cadangan yang dikemukakan oleh Jawi dan mengarahkan untuk membuat kajian terperinci sebelum penubuhan sekolah dilaksanakan,” katanya.

Susulan daripada itu, pada Mei 2006, Jawi mengemukakan cadangan konsep SMA-MAIWP yang dipersetujui oleh MAIWP dengan meluluskan peruntukan sebanyak RM2.5 juta bagi pengubahsuaian bangunan sekolah yang terletak bersebelahan Masjid Saidina Othman Ibni Affan, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.

Konsep SMA-MAIWP merupakan sebuah sekolah yang mempunyai dua aliran iaitu aliran kebangsaan yang menguna pakai modul kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.

Aliran agama pula menggunakan sukatan sekolah agama di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Bagi kurikulum kebangsaan, terdapat aliran sains sosial dan sains tulen apabila pelajar-pelajar memasuki tingkatan empat.

Menurut Zawanah, pelajar SMA-MAIWP diwajibkan mengikuti kurikulum agama di dalam kedua-dua aliran itu. Bagi perancangan masa depan pula, sekolah ini bercadang menawarkan pengajian tingkatan enam yang membolehkan pelajar-pelajarnya menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Selain itu, para pelajar SMA-MAIWP turut menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM).

“Pelajar-pelajar juga perlu menduduki peperiksaan khas SMA-MAIWP semasa di tingkatan 4,” jelasnya.

Selain itu, semua pelajar dikehendaki tinggal di asrama yang terletak di Wisma BIM, Jalan Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur. Ia bagi menjamin pelajarnya mencapai kejayaan cemerlang di dalam pelajaran.

Kata Zawanah, langkah itu juga diharap mampu menjadikan SMA-MAIWP setanding dengan sekolah-sekolah agama yang cemerlang di negara ini.

Baru-baru ini lebih 400 pelajar dari seluruh negara menghadiri Ujian Khas kemasukan ke tingkatan satu sekolah milik Jawi ini. Ujian yang diadakan di Dewan Utama Masjid Negara itu bertujuan memilih 200 pelajar sulung SMA-MAIWP.

Pelajar yang menduduki ujian bertulis dan lisan itu hendaklah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan sekurang-kurangnya 70 lulus bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA).

Mereka juga mesti boleh membaca al-Quran dan menulis jawi serta mempunyai asas bahasa Arab sebelum menduduki ujian kelayakan tersebut. Hanya yang lulus akan ditawarkan belajar di SMA-MAIWP.

Tambah Zawanah, walaupun SMA-MAIWP baru dibuka tahun ini, pihaknya menerima permohonan yang amat menggalakkan daripada para pelajar dan ibu bapa.

“Ini menunjukkan bahawa ramai pelajar yang berminat belajar di sekolah agama serta memperlihatkan keyakinan masyarakat terhadap MAIWP,” katanya.

Sementara itu, di antara sukatan mata pelajaran kebangsaan yang diajar di SMA-MAIWP ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, pendidikan Islam, matematik, sains, sejarah, Bahasa Arab Komunikasi, geografi dan kemahiran hidup bersepadu manakala bagi mata pelajaran agama seperti Bahasa Arab Muzakirat, tafsir, fikah, tauhid, hadis dan al-Quran.

*Prasarana sekolah dan asrama SMA-MAIWP

SMA-MAIWP mempunyai satu blok bangunan yang menempatkan kelas, pusat pentadbiran sekolah, bilik guru, makmal sains, makmal komputer, perpustakaan dan dewan yang boleh diubah suai.

Selain itu, bagi kemudahan dan keselesaan pelajar-pelajar, asrama SMA-MAIWP dilengkapi dengan dewan makan untuk pelajar lelaki dan perempuan, dewan solat, bilik warden. bilik rehat dan bilik tetamu. SMA-MAIWP dijangka memulakan sesi pengajian pertamanya pada 22 Januari lalu.

Selasa, 16 Disember 2008


alhamulillah dah 2 tahun dah umur sma maiwp ni. rasa sekejap je masa dah berlalu. kata orang masa yang berlalu boleh mematangkan pemikiran, persoalanya dah matang ke sma maiwp ni. dengan umur 2 tahun ni macam-macam pengalam yang dihadapi dari pelbagai aspek, tak kira dari murid, guru, dan pentadbiran, semuanya mengalami kematangan sewajar dengan usianya.harapan banyaklah teguran yang membina bagi sma maiwp akan menjadi satu mercu tanda bi'ah islami yang ternama di kota yang penuh rona panca roba dunia yang menipu ini. yaaa allah, kami memohon kepada mu dengan penuh pengharapan agar engkau selamatkan kami dari tipu dunia yang mengaburi pandangan mata.permudahkan lah urusan kami bagi memertabatkan agama mu di muka bumi ini selaku khalifah mu yang lah engkau beban kan kami, dengan bebanan yang berat.ampun kanlah kami dan lindungilah kami dari azab neraka mu yaa allah yang rabbal alamin.

Isnin, 15 Disember 2008

tahniah pada penerima anugrah kecemerlang.


kat sini ustaz semua ucapkan tahniah pada yang berjaya menerima anugrah kecermelangan akhir tahun 2008 yang lepas.semoga allah akan memberkati kamu semua. dan pada semua warga sma maiwp ingatlah jangan lah terus terleka dengan arus dunia ini. ingatlah tanggung jawab dan amanah yang digalas mestilah dijalan dengan sabar dan tekun. keputusan yang diambil mesti dibincang dan disetujui oleh semua. ingatlah anak-anak kita dah matang dan dewasa mampu berfikir dan berhujjah dengan apa yang kita laksanakan. kata-kata kita haruslah ditapis dan diteliti dengan bijaksana.ingatlah bersatu teguh, bercerai hancurlah sma maiwp. bersamalah kita membentuk pelajar kita dengan acuan islam yang teguh, sepaya tak goyah ditiup taufan, ditelan lautan yang menganas. kita mesti selamatkan anak-anak kita dari jajahan pemikiran yang sosialisme, sekularime dan rektoriksme. biarlah ortodhox dari morden yang bisa menhancurkan akhlak dan siasah anak bangsa warisan dunia ini. kita adalah acuan yang paling hampir dengan anak-anak ini tunjukkanlah satu contoh yang baik samaada luaran dan dalaman.